Cari @ Amanz

Dengan pelancaran Windows 8, semestinya kita dapat melihat pelbagai aplikasi baru yang hadir ke Windows Store, dan salah satu aplikasi yang kini dilancarkan secara rasmi adalah Wikipedia.

Wikipedia, seperti semua sedia kenali, menawarkan informasi yang menarik, dan secara rawak pada aplikasi Windows 8, membolehkan para pengguna mengikuti beberapa artikel baru setiap hari, sekaligus memperluaskan pengetahuan mereka.

Ia juga turut dilengkapi dengan kebolehan membuat carian, dan membaca dalam bahasa pilihan anda.

Aplikasi Wikipedia ini ditawarkan secara percuma daripada Windows Store, dan seperti aplikasi lain, mereka juga turut sama berkongsi kod sumber untuk aplikasi tersebut bersama yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd