Electronic Arts semakin menghampiri tarikh pelancaran untuk Need for Speed : Most Wanted yang diberikan nafas baru, dan terkini, mereka telah pun mengeluarkan video promosi terbaru untuk permainan tersebut, memperlihatkan beberapa babak kejar mengejar pada permainan tersebut.
Need for Speed : Most Wanted ini memberikan pelbagai kemaskini dan cara permainan baru untuk permainan lumba kereta popular tersebut, dan dibangunkan oleh Criterion Games.
Need for Speed : Most Wanted terbaru ini bakal dilancarkan di Amerika Utara pada 30 Oktober, sebelum diperkenalkan untuk semua pada 2 November kelak. Ia bakal ditawarkan untuk pelbagai platform termasuk PC, PlayStation 3, Xbox 360 dan juga PS Vita. Permainan versi mudah-alih turut bakal diperkenalkan untuk Android dan juga iOS.