Ujian Beta Steam Untuk Linux Kini Dibuka Kepada Pengguna Umum

Ujian Beta Steam Untuk Linux Kini Dibuka Kepada Pengguna Umum

Diterbitkan pada Okt 27, 2012 oleh .

Setelah menguji Steam untuk Linux secara dalaman sebelum ini, kini Valve melangkah setapak kehadapan, dengan membuka jemputan terhad untuk ujian beta Steam untuk Linux kepada para pengguna umum.

Sementara sebelum melancarkan Steam untuk Linux secara rasminya, Valve ingin menguji ia diseberapa banyak jenis Linux sebelum ia dilancarkan. Melalui ujian beta yang dibuka ini, terlebih dahulu Valve meminta pengguna memasukkan beberapa maklumat seperti jenis distro yang mereka guna, pengurus desktop pilihan, dan apakah jenis permainan yang menarik minat mereka.

Pada masa yang sama, untuk versi beta ini, Valve ingin ia diuji pada pelbagai jenis hardware berbeza.

Bagi mereka yang berminat, boleh mengambil bancian yang disediakan pihak Valve, atau mengikuti perkembangan Steam untuk Linux melalui sebuah halaman hab khas.

Tip awal daripada Amir Zaim.


TIPS & ULASAN