Kini, Anda Boleh Pasang Ubuntu Pada Nexus 7 Dengan Mudah

Kini, Anda Boleh Pasang Ubuntu Pada Nexus 7 Dengan Mudah

Diterbitkan pada Okt 27, 2012 oleh .

Bermula daripada Ubuntu 13.04, pihak pembangunnya, Canonical ingin menjadikan ia serasi pada pelbagai platform, daripada telefon pintar, televisyen, tablet dan sebagainya. Dan sebagai permulaan untuknya, salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah kepada fail teras Ubuntu.

Untuk memudahkan para pembangun melihat Ubuntu dari kaca mata tablet ataupun peranti mudah-alih, pembangunnya kini memilih Nexus 7 sebagai salah satu peranti ujian, dan menyediakan fail pemasangan Ubuntu pada tablet tersebut.

Fail yang dinamakan sebagai Ubuntu Nexus 7 Installer itu, menyediakan kemudahan untuk memasang Ubuntu pada Nexus 7 dengan hanya satu klik sahaja.

Namun, sebelum dapat menggunakannya, pengguna Nexus 7 perlu terlebih dahulu nyah-kunci akan boot-loader mereka, yang mana akan membuatkan semua data tersimpan di Nexus 7 hilang.

Sekiranya anda berminat, mungkin boleh merujuk kepada halaman rasmi Ubuntu Nexus 7, dan ikuti pelbagai langkah pemasangan yang disediakan oleh pihak Canonical.

Info lanjut berkaitan Ubuntu Nexus 7


TIPS & ULASAN