Carian
Aplikasi Shazam Diperkenalkan Untuk Windows 8
October 27, 2012 Aman

Shazam merupakan salah satu aplikasi yang popular dikalangan pengguna peranti mudah-alih, membolehkan mereka mengenal-pasti sesuatu lagu itu dengan mudah dan pantas menggunakannya. Kini, aplikasi popular tersebut, turut sama diperkenalkan untuk para pengguna Windows 8.

Seperti biasa, ia membolehkan anda mengenalpasti sesebuah lagu atau audio itu dengan mendengarkannya dan menjalankan aplikasi Shazam pada masa yang sama. Shazam kemudiannya akan mengambil beberapa saat (bergantung kepada kelajuan internet anda), sebelum memperlihatkan apakah nama lagu yang didengarkan oleh anda, selain turut memperlihatkan nama artis dan memberikan beberapa pilihan, termasuk membuat carian di YouTube dan sebagainya.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma untuk para pengguna Windows 8, dan sesuai untuk digunakan pada tablet, komputer riba mahupun desktop. Sebuah halaman khas turut disediakan membolehkan anda melihat apakah lagu-lagu terkini yang telah dikenal-pasti oleh anda menggunakan Shazam.

Komen