Jualan Tablet Android Meningkat Drastik Pada Suku Tahun Ketiga 2012

Jualan Tablet Android Meningkat Drastik Pada Suku Tahun Ketiga 2012

Diterbitkan pada Okt 28, 2012 oleh .

Walaupun iPad dikatakan sebagai antara tablet terbaik di pasaran, namun, dari segi jualan, tablet Android dilihat meningkat dengan drastic pada suku tahun yang lepas, melihat sebanyak 10.2 juta tablet Android terjual pada suku tahun lepas, berbanding hanya 14.0 juta tablet iPad.

Ini sekaligus menjadikan pegangan pasaran tablet untuk suku tahun lepas bagi tablet iOS adalah sebanyak 56.7% berbanding Android 41.3%, memperlihatkan jualan tablet Android semakin popular, apatah lagi dengan Nexus 7, dan pelbagai tablet Samsung dipasaran.

Jualan iPad pula dikatakan berkurangan disebabkan ramai pengguna yang ingin mendapatkannya menantikan pengumuman model baru daripada Apple. Apple baru-baru ini telah memperkenalkan iPad 4 dan juga iPad Mini untuk para pengguna, menyertakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN