Cari @ Amanz

Artikel ini bertujuan bagi membantu pengguna yang mana menggunakan perisian antivirus Kaspersky 2013 yang telah menaiktaraf dari Windows 7 kepada Windows 8.

Jika anda baru sahaja menaiktaraf, Kaspersky akan ditutup dan anda akan diminta untuk memasang kembali perisian tersebut melalui butang Install And Run. Jangan risau kerana Kasperky akan melakukan proses ini secara automatik.

Jika pemasangan anda berjaya, Kaspersky anda berfungsi seperti biasa. Jika tidak, Kaspersky akan berhenti pada pertengahan proses pemasangan. Ini adalah kerana ia tidak menjumpai fail bagi menghabiskan pemasangan tersebut iaitu fail kavkis.msi, lalu anda akan diminta untuk anda menspesifikasikan alamat bagi fail tersebut.

Oleh itu, anda perlu mencari fail kavkis.msi yang mana alamatnya dinyatakan dibawah. Walaubagaimanapun, anda perlu terlebih dahulu membenarkan Hidden Items untuk dipaparkan pada komputer anda.

Alamat bagi fail tersebut adalah: C:/Users/AkaunAnda/AppData/Local/Temp/nsy32D8.tmp
(alamat fail nsy32D8.tmp mungkin berbeza bagi komputer lain-lain).

Pemasangan Kaspersky akan diteruskan dan anda akan diminta untuk memulakan semula komputer anda. Selepas memulakan semula komputer, perisian Kaspersky akan boleh digunakan seperti biasa, Insyaallah.

Selepas pemasangan berjaya, Kaspersky berkemungkinan akan memperlihatkan bahawa lesen anda tidak ditemui. Walaubagaimanapun, ianya akan beroperasi seperti biasa tanpa sebarang masalah.

  • Info
  • Tutorial ini dikongsikan oleh saudara Mohamad Faiz, salah seorang pelajar di Universiti Teknologi Petronas. Boleh ikuti beliau di Twitter pada nama @M0hamadFaiz.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd