Cari @ Amanz

Sokongan tetapan LiveWallpaper pada Windows Phone 8 telah pun diperlihatkan melalui gambar peranti Samsung Ativ S sebelum ini, dan kini sebuah gambar baru hadir ke arena internet, memperlihatkan dengan lebih lanjut berkenaan sokongan ini.

Berbeza dengan peranti Android yang membawakan sokongan LiveWallpaper hanya sekadar mencantikkan telefon pintar sahaja, untuk Windows Phone pula, ia kelihatan membawakan beberapa penggunaan yang menarik padanya melalui sokongan LiveWallpaper pada LockScreen.

Beberapa pilihan disediakan Microsoft, dimana daripada gambar yang diperlihatkan, ia memperlihatkan satu yang membawa gambar sekadar fungsi LiveWallpaper biasa, dan satu lagi membawakan skor pasukan kegemaran mereka dalam bentuk masa nyata. Ia juga kelihatan aplikasi boleh menggunakan sokongan LiveWallpaper, dan memperlihatkan kemaskini semasa, seperti berita terkini dan sebagainya.

Selain daripada itu, rekabentuk bagaimana jam dan tarikh dipaparkan juga diubah, membolehkan lebih banyak kandungan disertakan pada skrin kunci telefon Windows Phone 8.

Microsoft bakal mengumumkan Windows Phone 8 dalam masa kurang 30 jam lagi, yang mana mungkin lebih banyak perkara akan dikongsikan mereka esok. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd