Samsung Nexus 10 Diperlihatkan Dalam Video 5 Saat

Samsung Nexus 10 Diperlihatkan Dalam Video 5 Saat

Diterbitkan pada Okt 28, 2012 oleh .

Tidak cukup dengan gambar peranti Nexus 10 yang diperlihatkan sebelum ini, kini BriefMobile turut hadir dengan sebuah video yang amat ringkas (hanya 5 saat) memperlihatkan Nexus 10.

Tidak banyak perkara yang diperlihatkan, namun daripada apa yang ditunjukkan ia menunjukkan skrin kunci dan membuka pelayar web. Namun, bagi para pengguna yang ingin melihat bahagian hadapan Nexus 10, mungkin berminat dengannya.

Samsung dikatakan akan melancarkan Nexus 10 ini bersama-sama dengan Google pada minggu ini, namun acara pelancaran tersebut ditangguhkan disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan di sana. Buat masa ini, tarikh pelancaran baru masih tidak diketahui lagi sepenuhnya.


TIPS & ULASAN