Adblock Plus Versi Stabil Dilancarkan Untuk Google Chrome

Adblock Plus Versi Stabil Dilancarkan Untuk Google Chrome

Diterbitkan pada Okt 29, 2012 oleh .

Pada pelayar web Firefox, salah satu add-on yang amat popular adalah Adblock Plus, dan kini ia turut diperkenalkan untuk Chrome dalam bentuk stabil, setelah sekian lama diuji dalam bentuk beta.

Adblock Plus untuk Chrome, membawakan pelbagai fungsi sedia ada, seperti kebolehan untuk membuang iklan yang menyemakkan dan menganggu pelayaran web anda, sekaligus memudahkan pengguna memfokuskan kepada kandungan web dengan mudah.

Namun, melalui Adblock Plus untuk Chrome versi baru ini, ia membawakan beberapa perubahan, dimana tidak semua iklan yang dibuang, membolehkan para pemilik laman web yang memperlihatkan iklan dalam bentuk tidak menganggu dan tersusun rapi tidak terjejas dengan extension ini.

Dan semestinya salah satu sokongan yang digemari kami pada Adblock Plus adalah kebolehan untuk membuang iklan pada video YouTube dengan mudah.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Adblock Plus untuk Chrome ini secara percuma daripada Chrome WebStore.

Muat-Turun Adblock Plus untuk Chrome


TIPS & ULASAN