Samsung Mengesahkan Kecurian Sebanyak 1,407 Galaxy Note 2 Di Malaysia

Samsung Mengesahkan Kecurian Sebanyak 1,407 Galaxy Note 2 Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 29, 2012 oleh .

Samsung Galaxy Note 2 boleh dikatakan salah satu buah mulut ramai pengguna buat masa ini. Dan ia juga tidak terlepas menjadi mangsa kecurian, dimana Samsung mengesahkan sebanyak 1,407 unit telah dicuri daripada lapangan terbang Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Samsung telah pun melancarkan Galaxy Note 2 di Malaysia dua minggu yang lepas, dan kehilangan ini dikatakan berlaku pada 20 Oktober 2012.

Pihak Samsung Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka tidak akan menyokong sebarang jaminan untuk peranti Galaxy Note 2 yang dicuri ini, memandangkan ianya menjadi tidak sah untuk memiliki atau membeli peranti yang dicuri.

Bagi mereka yang bercadang untuk membeli Samsung Galaxy Note 2 dalam masa terdekat, mungkin anda boleh menyemak senarai IMEI telefon tersebut, dengan merujuk kepada dokumen khas yang disediakan oleh Ideal Mobile.


TIPS & ULASAN