LG Optimus Vu Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1899

LG Optimus Vu Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1899

Diterbitkan pada Okt 29, 2012 oleh .

Sepertimana yang dipromosikan oleh LG Malaysia pada halaman Facebook mereka sebelum ini, kini secara rasminya, mereka telah pun melancarkan LG Optimus Vu untuk pasaran Malaysia, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan mendapatkannya di sini.

LG Optimus Vu didatangkan bersama-sama skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 4:3, bateri berkapasiti 2080mAh, dan dijana menggunakan Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich padanya. Ia turut didatangkan terbina dengan ruangan storan sebanyak 32GB. Dari segi kamera pula, ia dilengkapi kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera hadapan 1.3-megapixel.

LG Optimus Vu ini boleh didapati daripada para pengedar rasmi LG seluruh negara bermula hari ini pada harga RM1,899 dan dengan pilihan warna hitam dan putih.


TIPS & ULASAN