Windows 8 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Windows 8 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 29, 2012 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, selepas pelancaran global pada hari Jumaat yang lepas, kini Microsoft Malaysia telah pun membuat pelancaran rasmi Windows 8 di Malaysia, sekaligus membawakan sistem operasi Microsoft terbaru itu secara rasmi ke pasaran Malaysia.

Windows 8 boleh didapati dalam beberapa medium, dimana salah satunya yang telah pun digunakan ramai pengguna adalah kebolehan untuk mengemaskini ia secara online pada harga serendah $14.99 untuk masa promosi ini.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Windows 8 dalam bentuk fizikal, Windows 8 Pro dijual pada harga RM229 untuk masa promosi sehingga 31 Januari 2013, sebelum ia dijual pada harga jualan biasa iaitu RM885.

Pelbagai peranti yang menggunakan Windows 8 juga kini mula dijual di pelbagai pengedar rasmi seluruh negara.


TIPS & ULASAN