Acer Aspire S7 Mula Dijual Pada Harga RM3799 Di Malaysia

Acer Aspire S7 Mula Dijual Pada Harga RM3799 Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 29, 2012 oleh .

Acer bakal melancarkan komputer riba terbaru mereka dengan sokongan skrin sentuh pada minggu hadapan. Tetapi terlebih dahulu, bersama-sama dengan pelancaran Windows 8, harga jualannya telah pun diperlihatkan, iaitu berharga RM3799 untuk pasaran Malaysia.

Spesifikasi Acer Aspire S7 391
Cip Intel Core i5-3317U
Memori 4GB RAM
Storan Terbina 128GB SSD
Skrin Skrin Sentuh 13.3-inci
Bateri Penggunaan selama 6 jam
Berat 1.3kg

Acer Aspire S7 ini dioptimasikan sepenuhnya untuk Windows 8, dimana membawakan bersama skrin sentuh IPS HD sepenuhnya. Kerangka luar hadapan juga dibina menggunakan Gorilla Glass 2, membuatkan ia tahan calar dan hentakan. Disamping itu, Acer Aspire S7 turut sama dilengkapi dengan sokongan Twin Air Cooling System, untuk memastikan ia sejuk sentiasa.

Acer Aspire S7 ini juga telah mula dijual di beberapa pengedar rasmi tempatan, dan hanya model dengan skrin bersaiz 13.3-inci sahaja ditawarkan buat masa ini. Mungkin model bersaiz 11-inci akan menyusul tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN