Sony Mula Menawarkan VAIO 13 Series (Touch) Pada Harga RM3099

Sony Mula Menawarkan VAIO 13 Series (Touch) Pada Harga RM3099

Diterbitkan pada Okt 29, 2012 oleh .

Seperti semua sedia maklum, Sony sejak daripada minggu lepas telah pun memperlihatkan peranti mereka, dimana Sony VAIO Duo 11 dijual pada harga RM3999 di Malaysia. Selain daripada itu, Sony turut menawarkan Sony Vaio Series 13 bersama-sama Windows 8 untuk para pengguna Malaysia.

Spesifikasi Sony VAIO Series 13
Cip Intel Core i5-3317U (Turbo Boost sehingga 2.6Ghz*1)
Memori 4GB DDR3
Storan Terbina 128GB SSD
Skrin Skrin Sentuh 13.3-inci (WXGA : 1366×768)
Bateri Penggunaan sehingga 5.5 jam
Berat 1.66kg

Sony VAIO Series 13 dijual di Malaysia pada harga RM3099, dan sudah pun boleh didapati daripada para penjual dan pengedar rasmi komputer riba Sony di Malaysia.

Dari segi rekabentuk, Sony VAIO Series 13 membawakan rekabentuk badan yang dibina menggunakan aluminium. Selain daripada sokongan skrin sentuh, ia turut membawakan rekabentuk Ultrabook yang amat ringan, nipis dan tampak premium. Ia turut sama dilengkapi dengan sokongan Instant Wake-Up, serta penjimatan bateri melalui mod terbina pada komputer riba tersebut.

Bagi anda yang berminat, sudah boleh mendapatkannya bermula hari ini pada harga RM3,099.


TIPS & ULASAN