Cari @ Amanz

Untuk mereka yang tidak meminati Acer Aspire S7 yang membawakan beberapa ciri-ciri premium, tetapi inginkan sesuatu yang lebih mudah dibawa ke mana-mana, Acer turut membawakan Acer Iconia W510, yang mana telah pun mula dijual di Malaysia pada harga RM2199.

Spesifikasi Acer Iconia W510
Cip Intel Atom Z2760
Memori 2GB
Storan Terbina 32GB / 64GB
Skrin 10.1-inci Multitouch
Bateri (Tablet) Sehingga 9 Jam
Bateri (Docking) Sehingga 9 Jam
Berat 580g

Acer Iconia W510 membawakan penggunaan seumpama Asus Transformer, dimana ia didatangkan berasingan secara tablet dan juga sistem docking yang mana menyertakan papan kekunci serta masa penggunaan bateri tambahan padanya.

Namun, kami kurang pasti berkenaan harga yang ditawarkan, sama ada ia menyertakan docking bersama-sama dengannya ataupun tidak. Kami beranggapan, harga yang diperlihatkan ketika pelancaran Windows 8 hari ini adalah hanya merangkumi tablet sahaja, dan tidak menyertakan sokongan docking untuknya. Kami akan cuba memastikan berkenaan ini dalam masa terdekat.

Acer Iconia W510 akan dilancarkan secara rasminya pada minggu hadpaan di Malaysia. Tetapi bagi mereka yang berminat, sudah boleh mendapatkannya daripada pengedar rasmi tempatan bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd