Cari @ Amanz

Asus Malaysia bakal mengadakan pelancaran produk Windows 8 mereka esok, tetapi, bersempena dengan pelancaran Windows 8 secara rasmi di Malaysia hari ini, harga salah satu produk daripada mereka, iaitu Asus ZenBook telah diketahui, dimana ia dijual bermula hari ini pada harga RM3099.

Spesifikasi Asus Zenbook
Cip Intel Core i5 3317U
Memori 4GB DDR3 1600 MHz SDRAM
Storan Terbina 500GB RPM + 24GB SSD
Skrin 13.3-inci 16.9 HD (1366×768) LED Backlit
Bateri 6 Cell 6520mAh
Berat 1.45kg

Asus ZenBook boleh dikatakan antara Ultrabook dengan skrin sentuh yang kelihatan agak premium, serta membawakan binaan berkualiti melaluinya. Ia turut menggunakan ruangan storan hibrid padanya, dimana menyatukan penggunaan HDD dan juga SSD untuk mempercepatkan sistem selain menawarkan ruangan storan yang banyak untuk para pengguna.

Lebih maklumat berkenaan dengan produk Windows 8 mahupun variasi lain ZenBook daripada Asus akan kami kongsikan esok. Sementara itu, bagi anda yang berminat ingin mendapatkan Asus Zenbook ini daripada para pengedar tempatan, boleh membelinya pada harga RM3099.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd