NVIDIA Tegra 4 Bakal Dilancarkan Pada Bulan Januari 2013?

NVIDIA Tegra 4 Bakal Dilancarkan Pada Bulan Januari 2013?

Diterbitkan pada Okt 29, 2012 oleh .

NVIDIA Tegra 3 kini telah pun digunakan pada beberapa tablet utama, dan nampaknya, cip tersebut akan dikemaskini dan generasi barunya (yang dipanggil Tegra 4 buat masa ini), diperkatakan akan diperlihatkan kepada umum pada CES 2013 awal tahun ini.

Daripada ura-ura dan laporan awal, ia diperkatakan Tegra 4 akan lebih dua kali ganda berkuasa berbanding Tegra 3, dan sepuluh kali ganda lebih baik berbanding Tegra 2. Sokongan LTE turut dijangka akan disertakan padanya, membolehkan ia mungkin digunakan bukan hanya pada tablet, tetapi lebih daripada itu.

Mungkin lebih banyak maklumat dan info berkenaan dengan Tegra 4 ini akan kedengaran apabila tarikh Consumer Electronic Show 2013 semakin hampir kelak.


TIPS & ULASAN