Setelah diumumkan ketika pelancaran Galaxy Note 2 tempoh hari, akhirnya, hari ini, para pengguna Samsung Galaxy S3 di Malaysia sudah pun boleh mengemaskini peranti mereka kepada Android 4.1.1 Jelly Bean dan menikmati beberapa sokongan baru yang dibawakan padanya.
Bersama-sama dengan kemaskini ini, ia membawakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan notifikasi yang menawarkan lebih banyak info, fungsi Google Now, selain turut dioptimasikan untuk mengurangkan lengah masa melalui Project Butter.
Bagi para pengguna yang menggunakan Galaxy S3, anda boleh mengakses ke halaman Settings, dan memilih About Phone > System Updates, seterusnya menyemak kemaskini untuk anda. Selain daripada itu, sekiranya tidak berjaya, mungkin boleh menggunakan alternatif lain, seperti Kies untuk Galaxy S3.
Tips daripada Fuad.