Cari @ Amanz

Walaupun acara Google ditangguhkan, namun, ia tidak menghentikan Google daripada mengumumkan peranti baru mereka, dimana salah satunya adalah Nexus yang kini ditawarkan dalam tiga pilihan saiz berbeza melalui Nexus 4, Nexus 7 dan juga Nexus 10.

Nexus 4 seperti mana yang diketahui sebelum ini, dibangunkan bersama-sama oleh Google dan juga LG, yang mana menyertakan cip pemprosesan empat-teras serta skrin bersaiz 4.7-inci (320PPI) padanya. Ia turut sama didatangkan dengan skongan Wireless Charging, memudahkan proses pengecasan dilakukan oleh para pengguna untuk peranti tersebut.

Nexus 7 pula mungkin telah sedia dikenali oleh para pengguna, yang mana dibawakan oleh Google bersama-sama dengan pihak Asus. Hari ini, Google mengumumkan pengenalan pilihan storan 32GB padanya, selain sokongan mobile data yang menjadi permintaan ramai pengguna seluruh dunia.

Nexus 10, sama seperti Nexus 7, turut dibangunkan oleh GOogle bersama-sama Samsung dalam fokus untuk memudahkan para pengguna menikmati kandungan, daripada membaca majalah mahupun menikmati video dan sebagainya. Nexus 10 membawakan resolusi tertinggi pada tablet, iaitu 2560×1600 pixel (300PPI). Ia turut dilengkapi dengan bateri yang bertahan sehingga 9 jam penggunaan, selain speaker pada bahagian hadapan.

Dengan menggunakan sokongan Android 4.2, Nexus 10 membawakan sokongan multiple users, membolehkan lebih daripada seorang menggunakan tablet, dan mengakses perkara kegemaran mereka dengan mudah melaluinya.

Nexus 4 versi 8GB ditawarkan pada harga $299, manakala 16GB pada harga $349. Nexus 7 16GB kini berharga $199, manakala 32GB pada harga $249. Nexus 7 yang didatangkan dengan sokongan mobile data pula dijual pada harga $299 untuk versi 32GB.

Nexus 10 didatangkan dalam dua variasi, iaitu 16GB ($399) dan juga 32GB ($499). Kesemua ini akan ditawarkan melalui Google Play, namun apa yang mendukacitakan adalah masih tidak diketahui bilakah akan ditawarkan untuk pengguna Malaysia buat masa ini.

Ketiga-tiga peranti ini menjalankan Android 4.2 padanya, membawakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, yang mana kami akan kongsikan dalam artikel seterusnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd