Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan tiga peranti Nexus yang diumumkan oleh pihak Google, ia turut didatangkan bersama-sama Android 4.2 Jelly Bean, yang mana menyertakan beberapa perkara baru pada sistem operasi mudah-alih popular tersebut.

Untuk tablet, Google membawakan sokongan multiuser seumpama yang terdapat pada komputer Windows hari ini, membolehkan anda mengubah akaun pengguna dengan mudah, dan setiap pengguna dapat mengubah pelbagai perkara mengikut citarasa mereka, termasuk menetapkan akaun emel masing-masing dan sebagainya.

Panorama dalam 360-darjahPada maa yang sama, Google turut sama memperkenalkan pengalaman penggunaan kamera yang baru, menambah fungsi yang dinamakan sebagai Photo Sphere. Fungsi ini, membolehkan para pengguna merakamkan gambar panorama dalam bentuk 360-darjah, sekaligus membolehkan anda merakamkan pelbagai gambar disekeliling anda.

Android 4.2 turut sama menyertakan bersama Google Now versi terkini, yang mana membawakan pengalaman penggunaan yang lebih baik, selain beroperasi dengan pantas.

Gesture Typing turut sama ditambah pada Android 4.2, membawakan fungsi seumpama Swype, membolehkan anda menaip dengan hanya menyeretkan jari dari satu abjad ke yang lain pada papan kekunci atas skrin.

Selain daripada itu, penambahan baru yang turut dibawakan adalah sokongan Wireless Display, membolehkan anda memainkan video YouTube, ataupun memainkan permainan daripada peranti anda, terus ke sebarang televisyen yang menyokong Miracast.

Halaman rasmi Android masih belum dikemaskini oleh Google buat masa ini, dan mungkin lebih banyak fungsi yang dibawakan akan diketahui tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd