Selain daripada telefon pintar baru daripada LG, dan juga kemaskini ruangan storan dan sokongan HSPA pada Nexus 7 yang diperkenalkan sebelum ini, salah satu tablet baru yang diumumkan adalah Nexus 10 hasil kerjasama Samsung dan juga Google.
Nexus 10 membawakan skrin seluas 10.1-inci dengan paparan resolusi 2560×1600 pixel (300PPI). Ia dikatakan sebagai tablet dengan paparan resolusi paling tinggi di dunia buat masa ini. Nexus 10 ini turut dilengkapi dengan Android 4.2, membawakan beberapa fungsi tambahan seperti multiuser padanya.
Samsung Nexus 10 ini turut sama membawakan sokongan masa bertahan bateri sehingga 500 jam, ataupun 9 jam apabila dimainkan video tanpa henti.
Memandangkan Google dna Samsung memfokuskan ia untuk kandungan, maka Samsung Nexus 10 menyertakan speaker pada bahagian hadapan untuk memudahkan para pengguna mendengar bunyi daripada video ataupun game dengan mudah.
Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan dwi-teras ARM Cortex-A15, dan memori sebanyak 2GB RAm. Ia turut didatangkan bersama-sama kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan, dan kamera 1.9-megapixel pada bahagian hadapan. Baterinya berkapasiti ssebesar 9000mAh, dan turut didatangkan dengan sokongan dua cip NFS, sokongan mikroUSB, dan mikroHDMI.
Ia masih tidak diketahui lagi bilakah akan tiba di Malaysia. Harga jualannya di Amerika Syarikat adalah $399 untuk versi 16GB manakala $499 untuk versi 32GB.