Windows Phone Kini Mempunyai Lebih 120,000 Aplikasi

Windows Phone Kini Mempunyai Lebih 120,000 Aplikasi

Diterbitkan pada Okt 30, 2012 oleh .

Pada masa kini, salah satu perkara yang menjadi fokus ramai pengguna adalah bilangan aplikasi yang ditawarkan untuk sesuatu platform, dan hari ini Microsoft mengumumkan ia mempunyai lebih 120,000 aplikasi untuk Windows Phone hari ini.

Microsoft turut sama mengumumkan yang mana mereka turut bekerjasama dengan pelbagai pembangun aplikasi, dimana lebih 40 aplikasi utama yang sedia terdapat pada platform lain akan diperkenalkan pada Windows Phone.

Perkara ini semestinya akan mengembirakan ramai pengguna sedia ada Windows Phone, apatah lagi dengan lebih banyak permainan, seperti Temple Run, Jetpack Joyride dan sebagainya akan hadir untuknya.


TIPS & ULASAN