Carian
Fungsi Photo Sphere Pada Android 4.2 Dipertontonkan
October 30, 2012 Aman

Pada Android 4.2, salah satu fungsi baru yang disertakan adalah kebolehan untuk merakamkan gambar panorama dalam bentuk 360-darjah, dan kini melalui saluran YouTube untuk Google Nexus, fungsi tersebut didemonstrasikan dalam video yang ringkas.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia berfungsi seperti Photosynth daripada Microsoft, membolehkan para pengguna mengerakkan kamera mereka ke beberapa lokasi, untuk merakamkan gambar untuknya, sebelum digabungkan menjadi gambar 360-darjah.

Android 4.2 baru sahaja diumumkan oleh Google, dan didatangkan bersama-sama beberapa peranti terbaru mereka. Mungkin kemaskini untuk peranti sedia ada akan mengambil sedikit masa, sebelum fungsi ini dapat dinikmati oleh lebih ramai pengguna lagi.

Sementara itu, apakah pendapat anda berkenaan dengan fungsi Photo Sphere ini?

Komen