Microsoft Melancarkan Windows Phone 8 Secara Rasminya

Microsoft Melancarkan Windows Phone 8 Secara Rasminya

Diterbitkan pada Okt 30, 2012 oleh .

Live Apps, Kids Corner, People Hub, Rooms, Skype, dan banyak lagi.Sejak beberapa bulan yang lepas, Microsoft telah pun memperlihatkan beberapa fungsi baru yang akan dibawakan pada Windows Phone 8, seperti kebolehan merakamkan paparan skrin, sokongan Tiles yang boleh diubah saiz, dan pelbagai perkara yang lain lagi. Hari ini, mereka mengumumkan tambahan fungsi baru yang didatangkan bersama-sama Windows Phone 8.

Microsoft pada acara pelancaran Windows Phone 8, beberapa kali menekankan yang mana Windows Phone merupakan platform yang membawakan telefon pintar mengikut catarasa pengguna. Sokongan Live Tiles padanya memudahkan para pengguna mengikuti pelbagai perkembangan dengan mudah, selain kebolehan mengubah warna yang menarik padanya.

Live Apps

Seperti beberapa laporan sebelum ini, Microsoft hari ini memperkenalkan secara rasminya sokongan baru yang dinamakan sebagai Live Apps.

Melalui Live Apps, ia membawakan informasi yang diinginkan pengguna terus ke skrin kunci, membolehkan pengguna mengetahui pelbagai kemaskini dengan mudah. Daripada apa yang diperlihatkan, ia seperti membawa sokongan melihat berita terkini, skor sukan semasa, kemaskini Facebook dalam masa-nyata dan sebagainya, terus daripada Lock Screen.

Lebih Banyak Aplikasi Baru

Adakah Instagram dan Flipboard turut sama akan hadir?Dengan terdapat sebanyak 120,000 aplikasi pada Windows Phone Store, Microsoft turut sama mengumumkan 46 daripada 50 aplikasi popular pada pelbagai platform akan hadir ke platform tersebut, dan pelbagai permainan popular seperti Temple Run, Angry Birds Start Wars dan sebagainya akan hadir untuk platform tersebut.

Kids Corner

Kids Corner merupakan salah satu penambahan baru pada Windows Phone 8, membolehkan ibu bapa ataupun sesiapa sahaja, membuat tetapan khas, yang mana memberikan hanya akses untuk segelintir perkara sahaja. Sebagai contoh, sebelum memberikan telefon pintar untuk digunakan atau dimainkan oleh anak-anak atau adik kecil anda, mungkin anda boleh tetapkan permainan dan lagu apakah yang boleh diakses, sekaligus mengelakkan daripada mereka mengakses emel dan sebagainya pada peranti Windows Phone 8.

Rooms

Rooms merupakan salah satu penambahan yang dibawakan oleh Microsoft untuk People Hub, membolehkan sesuatu perkara dikongsikan atau disembang bersama-sama sekumpulan rakan-rakan anda. Sebagai contoh, anda boleh bersembang hang kelas bersama rakan-rakan sekelas, dan bersembang hal keluarga dengan ahli keluarga anda. Pelbagai perkara juga turut sama boleh dikongsikan, daripada kalendar, sehinggalah kepada gambar dan sebagainya.

Data Sense

Mungkin ramai yang mengikuti perkembangan Windows Phone mungkin mengetahui berkenaan Data Sense. Fungsi baru ini, membolehkan para pengguna untuk melayari lebih banyak web dan menggunakan data serendah mungkin, sekaligus menjimatkan pakej data langganan bulanan mereka. Ia akan diperkenalkan dengan kerjasama pihak syarikat telekomunikasi, dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum diperkenalkan untuk semua.

Lain-lain

Windows Phone 8 turut sama membawakan sokongan NFC padanya, memudahkan pembayara mahupun perkongsian antara pengguna NFC. Selain daripada itu, aplikasi Skype diintegrasikan dengan lebih menyeluruh, membolehkan para pengguna menerima panggilan Skype, sama seperti menerima panggilan biasa.

Windows Phone 8 akan hadir bersama-sama beberapa peranti baru dipasaran, termasuk Nokia Lumia 920, HTC 8X, Samsung Ativ S dan banyak lagi. Ia masih tidak diketahui bilakah peranti-peranti ini akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN