Cari @ Amanz

Selain daripada Samsung, hari ini, pihak Asus Malaysia turut sama mengadakan pelancaran produk rasmi mereka di pasaran Malaysia, sekaligus membawakan VivoBook dan juga VivoTab yang menggunakan Windows 8 ke pasaran Malaysia.

Harga Komputer Windows 8 Asus
VivoBook S200 Bermula RM1399
VivoBook S400 (Intel Core i5) RM2499
VivoTab RT RM2199
VivoTab RM3199
Transformer Book RM3999

Asus VivoBook didatangkan dalam pilihan dua variasi, iaitu VivoBook S200 dan juga VivoBook S400, yang mana masing-masing membawakan skrin pada saiz 11.6-inci dan juga 14-inci. Kedua-duanya menggunakan Windows 8, selain dilengkapi beberapa fungsi menarik seperti sokongan SonicMaster Audio, serta kebolehan pilihan storan hibrid yang mengabungkan HDD dan juga SDD.

VivoTab pula merupakan siri tablet Windows 8 daripada Asus. Dua pilihan ditawarkan di Malaysia, iaitu VivoTab dan juga VivoTab RT. Seperti pada namanya, VivoTab dijana menggunakan Intel dan membawakan penggunaan Windows 8 sepenuhnya, manakala VivoTab RT pula hanya sekadar menggunakan Windows RT padanya.

Kami akan membawakan kemaskini pandang pertama peranti-peranti Asus baru yang diperlihatkan hari ini dalam kemaskini seterusnya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd