Bersama-sama dengan pelancaran produk Windows 8 di Malaysia, pihak Asus juga turut mengatakan Asus Taichi yang membawakan komputer riba dwi-skrin bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi, berkemungkinan seawal penghujung bulan November kelak.
Cip | Intel Core i7 dan Core i5 (pilihan) |
Memori | 4GB DDR3 1600MHz |
Storan | SSD 128GB atau 256GB (pilihan) |
Skrin (Kedua-dua) | 11.6-inci FHD (1920×1080) |
Grafik | Intel HD Graphics 4000 |
Kamera | Tablet : 5-megapixel / Komputer RIba : Kamera HD 720P |
Bateri | Sehingga 5 jam |
Sistem Operasi | Windows 8 / Windows 8 Pro |
Asus Taichi membawakan gabungan komputer riba dan juga tablet, tetapi berbeza dengan Transformer Book dan sebagainya, skrinnya tidak boleh ditanggalkan. Perkara ini membuatkan Taichi hadir dengan dwi-skrin, yang mana menyertakan skrin sentuh tambahan pada kerangka luar komputer riba.
Apabila ditanya berkenaan dengan harga, pihak Asus Malaysia mengatakan ia berkemungkinan sekitar RM3500, yang mana boleh dikatakan agak murah untuk komputer riba dengan dwi-skrin sentuh padanya.
Tarikh pasti bilakah ia akan dilancarkan masih tidak diketahui lagi. Namun pihak Asus mengatakan ia akan hadir seawal sebelum penghujung November ini, dan sekiranya mengalami kelewatan sekalipun, ia dijangka akan dijual sebelum penghujung tahun ini di Malaysia.