Need for Speed : Most Wanted Kini Sudah Boleh Didapati Di Malaysia

Need for Speed : Most Wanted Kini Sudah Boleh Didapati Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 30, 2012 oleh .

Dengan tarikh 30 Oktober yang disebut sebelum ini, kini permainan Need for Speed : Most Wanted telah pun boleh didapati di pasaran, membolehkan para pengguna PC, PlayStation 3 mahupun Xbox 360 mendapatkannya.

Most Wanted versi baru ini dibangunkan semula oleh Criterion Game, dan diterbitkan oleh Electronic Arts seperti biasa.

Seperti permainan Most Wanted sebelum ini, ia masih mengekalkan konsep jalan raya terbuka, membolehkan para pemain berlumba secara persendirian ataupun dengan rakan-rakan lain melalui sokongan internet. Adegan kejar-mengejar antara polis turut hadir, selain menyertakan sokongan baru seperti kebolehan bertukar kenderaan ketika sedang dikejar polis dan pelbagai perkara lain lagi.

Untuk para pengguna di rantau ini, (Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand), EA melalui Origin menawarkan beberapa tambahan permainan, seperti Speed Pack, Power Pack dan juga Strike Pack.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkannya daripada kedai permainan video berdekatan anda hari ini.


TIPS & ULASAN