Lebih 4 Juta Kemaskini Dilakukan Dalam Tempoh Tiga Hari Pertama Windows 8 Dilancarkan

Lebih 4 Juta Kemaskini Dilakukan Dalam Tempoh Tiga Hari Pertama Windows 8 Dilancarkan

Diterbitkan pada Okt 31, 2012 oleh .

Pada minggu lepas, Microsoft telah pun melancarkan Windows 8 secara rasminya, dan semestinya ramai yang menantikan bagaimanakah prestasi jualannya sejak dilancarkan. Kini, Microsoft mengeluarkan angka rasmi, mengatakan lebih 4 juta kemaskini telah dilakukan dalam tempoh tiga hari yang pertama.

Memandangkan pelancaran oleh Microsoft dilakukan secara berperingkat untuk seluruh dunia, disamping para perusahaan dan perniagaan yang perlu melalui pelbagai fasa sebelum membuat keputusan, mungkin ia akan mengambil masa yang agak lama sebelum Microsoft mengumumkan suatu angka jumlah yang besar untuk kemaskini Windows 8.

Pada minggu lepas, Microsoft turut sama mengumumkan Windows 7 telah terjual lebih 670 juta unit sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009 yang lepas.


TIPS & ULASAN