Carian
Aplikasi Google Search untuk iOS Kini Membawakan Sokongan Suara
October 31, 2012 Aman

Lebih kurang sama seperti sokongan carian suara pada Android 4.1 Jelly Bean, kini Google turut membawakannya untuk para pengguna iOS melalui aplikasi Google Search yang dikemaskini, yang mana menyertakan sokongan suara padanya.

Ia bukan sahaja hanya membolehkan pengguna bertanya soalan, tetapi sebagai tambahan, ia juga turut membacakan hasil carian dalam bentuk yang sangat neutral, berbeza dengan Siri. Masa respon yang dibawakan juga agak pantas olehnya.

Namun, buat masa ini, sokongan dalam bahasa Malaysia masih tidak begitu baik untuk carian suara, memerlukan para pengguna menggunakan bahasa Inggeris untuknya.

Bagi mereka yang menggunakan iOS 4.3 dan terkini, anda boleh mendapatkan aplikasi ini hari ini secara percuma daripada AppStore.

Komen