Google sering bereksperimen dengan pelbagai perkara baru, dan hari ini, secara rasminya, mereka mengumumkan kaedah baru untuk menghantar emel melalui GMail, yang mana lebih pantas dan mudah digunakan berbanding kaedah tradisional.
Melalui rekabentuk baru ini, ia membuka sebuah tetingkap pop-up didalam halaman GMail, seumpama sokongan GTalk, membolehkan para pengguna menaip emel untuk seseorang dan pada masa yang sama, membuat carian emel ataupun melihat dan membaca emel yang lain.
Perkara ini, semestinya memudahkan para pengguna sekiranya ingin merujuk sesuatu perkara, dan seperti sokongan sembang pada GTalk, pengguna juga turut sama boleh minimize ruangan menghantar emel ini, selain menaip lebih daripada satu emel berbeza pada masa yang sama.
Sokongan dan rekabentuk baru ini diperkenalkan oleh Google bermula hari ini dalam fasa ujian awal, dan akan diperkenalkan kepada semua pengguna GMail dalam masa beberapa bulan lagi.