Aplikasi Rasmi Twitter Untuk Windows 8 Kini Dalam Pembangunan

Aplikasi Rasmi Twitter Untuk Windows 8 Kini Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada Okt 31, 2012 oleh .

Pada hari ini, terdapat beberapa aplikasi Twitter untuk para pengguna Windows 8, dimana antaranya adalah MetroTwit, Rowi, dan juga Tweetro. Namun, dalam memberikan antaramuka penggunaan yang selari, kini Twitter juga turut sama akan memperkenalkannya tidak lama lagi.

Pihak Twitter walaubagaimanapun tidak memberikan sebarang tarikh rasmi untuk pelancarannya. Mereka sekadar mengatakan ia akan diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi. Ia juga diperkatakan ramai, aplikasi baru ini mungkin akan menyertakan sokongan untuk pralihat media, sama seperti terdapat pada versi web, mahupun pada aplikasi Android dan iOS pada hari ini.

Memandangkan ia dikatakan hanya akan diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi, maka mungkin para pembangun aplikasi Twitter sedia ada untuk Windows 8 menawarkan lebih banyak fungsi menarik, sekaligus para pengguna menyukai aplikasi mereka lebih daripada apa yang bakal ditawarkan oleh Twitter secara rasminya.


TIPS & ULASAN