Carian
Toshiba Regza LX830 AIO Dijual Pada Harga RM4099 Di Malaysia
October 31, 2012 Aman

Bersama-sama pelancaran Windows 8 di Malaysia, selain daripada komputer riba dan tablet, salah satu peranti yang mula memenuhi pasaran adalah desktop semua-dalam-satu (AIO) yang mana menyertakan skrin dan CPU terbina di dalam satu peranti sahaja.

Spesifikasi Toshiba Regza LX830 AIO
Cip Intel Core i5 3210-M
Memori 4GB DDR3 1600 MHz
Storan Terbina 1 TB
Skrin 23-inci FHD (1366×768)
Berat 7kg

Salah satu AIO yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia adalah Toshiba Regza LX830 AIO, dimana ia dijual pada harga RM4099, dan didatangkan bersama-sama Windows 8 padanya. Titik jualannya, boleh dikatakan lebih kepada sesiapa yang gemarkan skrin besar, atau selesa menggunakan desktop, dan pada masa yang sama ingin menjimatkan ruangan penggunaan mereka.

Toshiba Regza LX830 AIO ini sudah pun boleh didapati daripada para pengedar rasmi tempatan, dan juga beberapa kedai komputer di Malaysia bermula minggu ini.

Komen