Selain daripada Toshiba, pihak HP Malaysia turut sama telah pun mula menawarkan komputer desktopp AIO mereka tersendiri, dinamakan sebagai HP Envy 23 Touchsmart AIO, yang mana seperti pada namanya, membawakan skrin bersaiz 23-inci dengan sokogan sentuh padanya.
Cip | Intel Core i5 3470S |
Memori | 8GB DDR3-1600 SODIMM |
Storan Terbina | 1 TB 7200 RPM |
Skrin | 23-inci |
HP Envy 23 Touchsmart AIO ini juga turut sama membawakan beberapa ciri-ciri tambahan padanya, dan salah satunya adalah sokongan Beats Audio terbina padanya. Ia turut dilengkapi dengan sokongan jaminan selama 3 tahun untuk beberapa bahagian barangannya, dan bagi para pengguna baru, HP menyediakan bantuan pengguna melalui telefon selama 30 hari pertama.
Di Malaysia, HP Envy 23 Touchsmart AIO ini dijual pada harga RM3888, yang mana boleh dikatakan antara harga termurah untuk komputer AIO Windows 8 buat masa ini.