Carian
Komputer Windows 8 Daripada Samsung Didatangkan Dengan Aplikasi ChatON
October 31, 2012 Aman

Adakah anda akan menggunakan ChatOn?Jikalau untuk model komputer Samsung sebelum ini, ia didatangkan bersama-sama S-Launcher dan sebagainya, untuk komputer siri Windows 8 daripada Samsung, ia menyertakan pelbagai aplikasi tambahan, dan salah satunya adalah ChatOn.

Harga Komputer Windows 8 Samsung
ATIV Smart PC RM2499
Series 7 Gamer RM5999
Notebook Series 9 RM4999
Notebook Series 5 Ultra RM2699
ATIV Smart PC Pro RM3599
AIO PC Series 7 RM4999
Series 5 Ultra Touch RM2999

ChatOn didatangkan dalam rekabentuk Windows 8 UI (Metro), yang mana memberikan kemungkinan ia akan diperkenalkan kepada semua pengguna Windows 8 tidak lama lagi melalui Windows Store. Pencarian kami pada Windows Store gagal menjumpai aplikasi tersebut.

Selain daripada ChatOn, ia juga turut dilengkapi beberapa yang lain, termasuk Family Story, S-Camera, S-Player, S-Gallery, dan bagi paa pengguna ATIV PC yang didatangkan dengan stylus, ia juga membawakan S-Note padanya.

Memandangkan tiada sebarang aplikasi tambahan untuk memasangnya (seperti Samsung App Store, dan sebagainya), ia masih tidak diketahui bagaimanakah ia akan ditawarkan kepada pengguna, sekiranya tersilap buang dan sebagainya.

Komen