Courts Kini Menawarkan Peranti Apple Dengan Pilihan Bayaran Mingguan

Courts Kini Menawarkan Peranti Apple Dengan Pilihan Bayaran Mingguan

Diterbitkan pada Okt 31, 2012 oleh .

Courts Malaysia, sedia terkenal dengan tawaran perabot dan juga peralatan elektronik dengan pilihan pembayaran mingguan mahupun bulanan. Dan kini, mereka dilihat menambah produk Apple pada tawaran mereka.

Buat masa ini, daripada katalog yang dikeluarkan, ia menyertakan pilihan iPad dan juga MacBook (dengan percuma AppleTV). Namun, ia diperkatakan, kelak Courts akan menawarkan lebih banyak produk Apple, termasuk iPhone daripada cawangan mereka seluruh negara.

Sebagai nota tambahan, walaupun Courts menawarkan pilihan pembayaran secara mingguan, namun, harga akhirnya kelak akan menjadi lebih mahal daripada pembelian peranti tersebut pada harganya, yang mana mungkin telah sedia diketahui oleh semua pihak.


TIPS & ULASAN