Pelancaran iTunes 11 Dengan Antaramuka Baru Ditangguhkan Ke Bulan November

Pelancaran iTunes 11 Dengan Antaramuka Baru Ditangguhkan Ke Bulan November

Diterbitkan pada Okt 31, 2012 oleh .

Apple, ketika pelancaran iPhone 5 tempoh hari, menjanjikan ia akan memperkenalkan iTunes 11 kepada para pengguna pada bulan Oktober ini. Namun, ia kelihatan seperti Apple mungkin akan menangguhkannya, dan hanya melancarkan ia sekitar bulan November kelak.

Walaupun perkara ini agak mendukacitakan, dan memperlihatkan Apple yang mula tidak mengikuti masa yang dijanjikan, namun, ianya lebih baik berbanding memperkenalkan aplikasi yang tidak sempurna, seperti Apple Maps sebelum ini yang menerima kritikan ramai pengguna.

Apple pada pelancaran iPhone 5 sebelum ini, memperlihatkan iTunes 11, dimana ia membawakan integrasi iCloud secara menyeluruh, dan menariknya membawakan rekabentuk antaramuka yang serba baru padanya. Ia juga turut didatangkan bersama-sama sebuah pemain mini khas.

Apple dilaporkan bakal melancarkannya sekitar penghujung November kelak.


TIPS & ULASAN