Samsung Hadir Dengan Video Iklan Untuk Keluarga ATIV – Memfokuskan Sokongan Sync

Samsung Hadir Dengan Video Iklan Untuk Keluarga ATIV – Memfokuskan Sokongan Sync

Diterbitkan pada Okt 31, 2012 oleh .

ATIV merupakan nama keluarga baru untuk produk-produk Windows daripada Samsung, dimana daripada tablet Windows 8 sehinggalah ke telefon pintar mereka, ATIV S yang mana menggunakan Windows Phone 8.

Dan dalam promosi akan produk terbaru mereka, kini Samsung hadir dengan sebuah iklan video yang mana menyertakan semua produk ATIV mereka dalam satu, memperlihatkan sokongan sync antara satu sama lain. Sokongan ini boleh dikatakan dijayakan melalui penggunaan SkyDrive yang diintegrasikan pada produk-produk Windows dan juga Windows Phone.

Tablet Samsung ATIV telah pun boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga bermula RM2499, dan mungkin kita akan dapat melihat telefon pintar Windows Phone 8, iaitu ATIV S akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN