Cari @ Amanz

Grand Theft Auto 5 Bakal Dilancarkan Pada Pertengahan Pertama 2013

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah senyapkan diri sekian lama, akhirnya, kini Rockstar hadir dengan pengumuman, mengatakan mereka akan melancarkan Grand Theft Auto 5 untuk para pengguna konsol PlayStation 3 dan juga Xbox 360 pada pertengahan pertama tahun hadapan – 2013.

Rockstar, pada masa yang sama, turut mengatakan pra-tempahan akan dibuka kepada umum bermula 5 November ini. Namun, salah satu perkara yang tidak disentuh dalam pengumuman berkenaan adalah berkaitan untuk para pengguna PC.

Ia hanya dikatakan mereka tidak mempunyai sebarang info berkenaan GTA V untuk PC yang ingin diumumkan buat masa ini. Sebelum ini, verst GTA lama mengambil masa beberapa bulan sebelum ia diperkenalkan untuk PC, dan perkara sama juga untuk permainan Max Payne 3 terbaru keluaran Rockstar, yang mengambil masa beberapa minggu selepas pelancaran untuk konsol.


Komen ()