Cari @ Amanz

Huawei Ascend D2 – Peranti 5-inci Daripada Huawei Dengan Android 4.1 Jelly Bean

Oleh Aman

Link Copied!

Peranti 5-inci semakin popular akhir-akhir ini, dimana selain daripada Samsung, dan HTC, kini Huawei turut sama memperkenalkan peranti terbaru mereka, dinamakan sebagai Huawei Ascend D2.

Peranti ini menjalankan platform Android 4.1 Jelly Bean padanya, dan menyertakan resolusi HD untuk paparan, sekaligus memberikan persaingan terus kepada Galaxy Note 2 yang dilancarkan baru-baru ini. Ia dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, kamera 1.3-megapixel pada bahagian hadapan dan bateri berkapasiti 3,000 mAh.

Maklumat lanjut berkaitan dengan peranti terbaru ini, seperti harga dan tarikh jualan masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Selain daripada peranti bersaiz 5-inci, sebelum ini Huawei turut diura-ura akan memperkenalkan peranti bersaiz 6-inci. Namun masih tiada maklumat lanjut berkaitan dengannya buat masa ini.


Komen ()