Serious Sam 3, Portal Dan Team Fortress 2 Akan Disertakan Dalam Steam Untuk Linux Beta

Serious Sam 3, Portal Dan Team Fortress 2 Akan Disertakan Dalam Steam Untuk Linux Beta

Diterbitkan pada Okt 31, 2012 oleh .

Dalam komuniti Linux, salah satu perkara yang mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini adalah perisian Steam untuk Linux. Setelah pengenalan beta secara terhad sebelum ini, kini salah satu pembangun permainan, iaitu Croteam berkongsi permainan mereka yang akan hadir ke platform Linux.

Croteam melalui kemaskini pada halaman Facebook mereka, mengatakan yang mana Serious Sam 3 : BFE, akan disertakan bersama-sama permainan Portal dan juga Team Fortress 2 . Mereka turut mengatakan yang mana lebih maklumat akan dikongsikan pada Ubuntu Developer Summit yang berlangsung minggu ini.

Mungkin juga lebih banyak permainan lain yang akan hadir ke Steam untuk Linux akan diketahui tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN