Cari @ Amanz

Bagi mereka yang inginkan komputer desktop ataupun AIO yang berkuasa tinggi bersama-sama dengan sistem operasi Windows 8, kini Samsung membawakan All-In-One PC Series 7, yang mana mula dijual di Malaysia pada harga RM4999.

Spesifikasi Samsung AIO PC Series 7
Cip Intel Core i5 3470T (2.90Ghz, 3MB)
Memori 8GB DDR3 1600Mhz
Storan Terbina 720GB
Skrin 23.6-inci LED FHD (1920×1080)
Grafik AMD Radeon HD7690M 1GB
Lain-lain Kamera hadapan 720p, sokongan cakera optikal, WiFi, Speaker 14W, TV Card (dengan alat kawalan jauh)

Ia membawakan beberapa fungsi tambahan menarik, dimana salah satunya adalah sokongan seumpama komputer AIO daripada Acer, membolehkan para pengguna mengawal komputer mereka menggunakan gerakan tangan, seumpama Kinect. Untuk fungsi ini, Samsung AIO PC Series 7 ini menggunakan sokongan kamera hadapan, dan memerlukan para pengguna berada dalam jarak antara 0.5 hingga 1 meter.

Ia turut sama dilengkapi dengan sokongan audio yang menarik, selain papara gambar yang amat jelas pada skrin monitor 23.6-inci padanya. Daripada apa yang kami lihat, ia membawakan rekabentuk yang kemas dan agak premium berbanding beberapa jenama yang lain.

Namun, pada harga yang ditawarkan, iaitu sekitar RM4999, ia akan menjadi sedikit sukar untuk Samsung menarik minat para pengguna, apatah lagi dengan ramai yang jatuh cinta pada rekabentuk iMac yang diperkenalkan baru-baru ini. Tetapi, memandangkan kedua-duanya membawakan sistem operasi yang berbeza, mungkin masing-masing mempunyai peminatnya tersendiri. Apatah lagi, dengan Samsung AIO ini turut menyertakan sokongan TV padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd