Jalankan aplikasi Windows pada Linux dan Mac
Bagi para pengguna Linux mahupun Mac, semestinya ada kalanya anda ingin menjalankan perisian daripada Windows pada komputer anda. Salah satu cara untuknya adalah melalui aplikasi percuma seperti Wine, atau berbayar seperti CrossOver. Dan menariknya, hari ini CrossOver ditawarkan secara percuma untuk semua.
Perisian CrossOver ini memudahkan para pengguna menjalankan aplikasi daripada Windows pada Linux mahupun Mac dalam kaedah yang mudah, disamping menawarkan kestabilan yang lebih baik berbanding lain.
Perisian ini selalunya dijual pada harga $25, namun, untuk 31 Oktober ini, ia ditawarkan secara percuma untuk sehari. Mereka yang berminat, hanya perlu mendaftarkan diri menggunakan alamat emel, dan akan mendapat perisian CrossOver secara percuma dengan bantuan sokongan selama 12 bulan.
Tips awal daripada Aizan.