Sokongan Widget Bakal Hadir Ke Desktop Unity (Ubuntu)

Sokongan Widget Bakal Hadir Ke Desktop Unity (Ubuntu)

Diterbitkan pada Okt 31, 2012 oleh .

Adakah widget relevan pada desktop?Selain daripada sokongan Lens yang sedia popular pada Unity didalam sistem operasi Ubuntu, ia kelihatan Ubuntu 13.04 kelak akan turut menyertakan mekanisma widget padanya, sekaligus membawa sistem operasi tersebut lebih mudah dan menarik digunakan.

Sokongan penuh untuk widget dijangka akan bakal diperkenalkan pada Ubuntu 13.10 yang bakal dilancarkan pada bulan Oktober 2013 kelak. Memandangkan pihak Canonical mengatakan kelak Ubuntu akan sesuai digunakan pada pelbagai peranti, termasuk tablet, mungkin sokongan ini akan memberikan kelebihan kepada pengguna pada beberapa peranti.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal perbincangan, dimana pelbagai fasa perlu dilalui dengan keputusan, seperti apakah ia akan menggunakan HTML5, Qt atau sebagainya. Mungkin kita akan ketahui lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi, dengan versi Alpha pertama untuk Ubuntu 13.10 yang bakal dikeluarkan dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN