Cari @ Amanz

…dalam tempoh lima ke sepuluh tahun lagiPada hari ini, kebanyakkan telefon pintar dan tablet telah pun mula dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras, yang sedia memberikan kuasa penggunaan tinggi. Namun, dengan arena teknologi yang bergerak pantas, Intel kelihatan bakal melangkah setapak lagi ke hadapan.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Intel, ia dikatakan mereka akan memperkenalkan cip pemprosesan sehingga 48-teras yang dioptimasikan untuk tablet dan juga telefon pintar dalam masa lima ke sepuluh tahun akan datang.

Ia kelak akan membolehkan para pengguna membuat pelbagai tugas dan perkara dilakukan dengan pantas dan lancar, dimana membolehkan setiap teras melakukan tugasan dan pemprosesan berbeza. Intel turut menjanjikan yang mana cip tersebut kelak akan turut memfokuskan kepada penggunaan tenaga yang efisyen.

Walaupun buat masa ini, ia akan kelihatan seperti tidak begitu berguna untuk cip 48-teras, apatah lagi tidak semua aplikasi yang menggunakannya sepenuhnya, namun, mungkin segalanya akan berubah dalam tempoh masa lima tahun lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd