Carian
Facebook Menguji Rekabentuk Timeline Dengan Satu Lajur
November 1, 2012 Aman

Rekabentuk Timeline yang diperkenalkan untuk halaman profil di Facebook sebelum ini menerima kritikan ramai pengguna, mengatakan ia sukar digunakan. Dan terkini, ia kelihatan pihak Facebook menguji beberapa perubahan padanya.

Perubahan ini masih tidak diketahui sama ada akan diperkenalkan ataupun tidak, memandangkan ianya merupakan salah satu perkara biasa untuk gergasi seperti Facebook menguji sesuatu perkara baru pada segelintir kecil penggunanya.

Daripada rekabentuk baru yang diuji, ia kelihatan halaman profil pengguna hanya memaparkan satu lajur sahaja, berbanding sekarang yang dipaparkan dalam bentuk dua lajur. Daripada apa yang diperlihatkan, ia lebih mudah untuk mengikuti kemaskini melaluinya, dengan semua senarai aktiviti daripada aplikasi, dan senarai rakan-rakan diperlihatkan pada bahagian kanan melalui lajur khas.

Jadi, apakah komen anda berkenaan dengan rekabentuk baru ini? Adakah lebih menarik ataupun anda menyukai apa yang digunakan sekarang?

Komen