Aplikasi Kamera Dan Galeri Pada Android 4.2 Dibawa Ke 4.1

Aplikasi Kamera Dan Galeri Pada Android 4.2 Dibawa Ke 4.1

Diterbitkan pada November 1, 2012 oleh .

Salah satu perkara menarik pada Android adalah dimana pelbagai aplikasi dan fungsi padanya pantas dibawa ke versi terdahulu. Dan, terkini, aplikasi kamera dan galeri yang diperkenalkan pada Android 4.2 oleh Google pada awal minggu ini, ditawarkan oleh pembangun bebas untuk para pengguna Android 4.1

Namun, untuk menggunakannya, terlebih dahulu, peranti yang digunakan perlulah di root, dan memandangkan ia masih dalam peringkat awal pembangunan, maka terdapat beberapa kekurangan padanya.

Jadi, sementara Android 4.2 diperkenalkan kepada peranti anda, mungkin anda boleh memuat-turun fail APK yang ditawarkan, dan menggunakannya pada peranti yang menjalankan Android 4.1 terlebih dahulu.

Muat-Turun GalleryGoogle.APK Untuk Android 4.1


TIPS & ULASAN