Cari @ Amanz

Google Earth sebelum ini telah pun menawarkan sokongan cara baru untuk melihat imej bandar dan beberapa lokasi dalam bentuk 3D, namun terhad hanya kepada peranti mudah-alih. Tetapi, kini tidak lagi, apabila fungsi yang serupa dibawakan kepada aplikasi Google Earth versi desktop.

Daripada kemaskini Google Earth 7 yang ditawarkan kepada semua hari ini, ia membolehkan para pengguna melawati lebih 11,000 lokasi menarik diseluruh dunia dalam bentuk 3D yang menarik, terus daripada kaca skrin monitor mereka.

Data untuk setiap lokasi yang dilawati juga diperlihatkan dalam kaedah yang menarik, dimana kebanyakkan fakta ditarik terus daripada laman Wikipedia.

Bagi para pengguna komputer Windows, Mac mahupun Linux, anda boleh memuat-turun Google Earth 7 hari ini secara percuma, dan memulakan penjelajahan dunia, terus menggunakan komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd