Maklumat Awal Berkenaan Windows Phone 7.8 Tertiris Ke Web

Maklumat Awal Berkenaan Windows Phone 7.8 Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada November 1, 2012 oleh .

Skrin Start baru, Rooms pada People Hub, Xbox Music StorePada pelancaran Windows Phone 8 tempoh hari, salah satu perkara yang dinantikan adalah berkaitan dengan kemaskini Windows Phone 7.8, namun tiada sebarang info berkenaan dengannya yang diumumkan pihak Microsoft.

Kini, selepas beberapa hari, info awal berkaitan dengannya mula tertiris, memperlihatkan beberapa perkara yang akan dibawa olehnya.

Windows Phone 7.8 dikatakan bakal membawa sokongan skrin baru yang boleh diubah saiz Tiles, sokongan perkongsian kalendar melalui fungsi Rooms dibawah People Hub, serta akses kepada kandungan daripada Xbox Music Store dan juga Xbox SmartGlass.

Mungkin lebih banyak yang akan dibawakan, namun mengikut apa yang dilaporkan buat masa ini, hanya tiga perkara tersebut.

Ia turut dikatakan kemaskini Windows Phone 7.8 akan diperkenalkan selepas pemasaran peranti Windows Phone 8 kelak yang akan bermula bulan ini – November.


TIPS & ULASAN