Sokongan Dropbox Pada Facebook Groups Diperkenalkan Dengan Meluas

Sokongan Dropbox Pada Facebook Groups Diperkenalkan Dengan Meluas

Diterbitkan pada November 1, 2012 oleh .

Selepas mengumumkan sokongan perkongsian fail daripada Dropbox terus ke Facebook Groups sebelum ini, kini ia kelihatan, Facebook mula memperkenalkan sokongan tersebut dengan lebih meluas, dimana kebanyakkan pengguna yang memasuki Facebook Groups bermula minggu ini sudah dapat melihat sokongan tersebut.

Melalui sokongan tersebut, ia membolehkan para pengguna untuk memilih untuk memuat-naik fail ke Facebook Groups, ataupun memilih fail sedia ada daripada Dropbox untuk dikongsikan ke Facebook Groups.

Untuk mengakses sokongan ini, para pengguna hanya perlu ke Facebook Groups yang berkenaan, dan kemudiannya memilih pilihan Add File (pada ruangan mengemaskini status), kemudiannya membuat pilihan sama ada memuat-naik ke pelayan Facebook, ataupun berkongsi fail sedia ada daripada Dropbox. Pilihan memuat-naik fail terus ke Dropbox masih tidak disertakan buat masa ini.

Tips daripada HardyWeb


TIPS & ULASAN